Download Kajian Islam Gratis Ust Farid Ahmad OKbah MA : Islam vs Syi'ah

Syiah bukanlah Islam. Sebab Syiah mendakwa sahabat Ali Radhiallahu anhu sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain.

Syiah merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi SAW serta mengkafirkan mereka terutamanya tiga khalifah al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a. dan Saidina Usman r.a.

Itulah perkara pokok yang menjadikan Syiah menyimpang dari Islam yang lain terutamanya Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beberapa perkara penyimpangan akidah Syiah  :

Pertama : Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum sebagaimana Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa.

Kedua : Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan.

Secara langsung orang Syiah telah membantah firman Allah SWT :

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al Maidah ayat 3).

Ayat ini menunjukkan bahawa Islam telah sempurna, begitu pula Al Quran.

Ketiga : Syiah tidak mengakui hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh kebanyakan para sahabat seperti Abu Hurairah r.a, Samrah bin Jundub r.a, Amr bin al-Ass r.a. dan sebagainya. Syiah juga menolak hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah r.ha.

Menurut Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW kecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad r.a, Abu Dzar al-Ghifari r.a. dan Salman al-Farisi r.a. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli al- bait atau kerabat Nabi SAW saja.

Lebih lanjut, silahkan simak kajian Ust Farid Ahmad Okbah dalam video berikut





Download Kajian Islam Gratis Ust Farid Ahmad OKbah MA : Islam vs Syi'ah   di sini






Related

Video Kajian Islam 1344016827781846306

Post a Comment

Teknik dan Strategi Menguasai Search Engine Google untuk Memenangkan Kompetisi Website Bisnis

http://picasion.com/

Software GO SMART AND FUN

Total Pageviews

Paling Banyak Dikunjungi

Belajar Import dari Cina

INDONESIAN 3D ARCHITECT COMMUNITY

Translate

item